KUALA LUMPUR: Undang-undang berkaitan syarikat gergasi teknologi perlu membayar media tempatan untuk kandungan berita dalam talian, harus segera dilaksanakan bagi memastikan industri media di negara ini kekal mampan.
Tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jaaffar berkata Malaysia boleh merujuk kepada pelaksanaan undang-undang seumpama itu di luar negara, seperti News Media Bargaining Code di Australia dan Online News Act di Kanada, yang antara lain menuntut syarikat seperti Meta dan Alphabet Inc, membayar agensi media tempatan bagi setiap pautan dan carian bahan, serta kandungan berita digunakan dalam platform syarikat terbabit.
"Hal ini perlu dilakukan kerana ia soal kemampanan bagi syarikat media dan jalan kerja telah ditunjukkan oleh Australia dan ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan...syarikat gergasi teknologi akan melakukan apa sahaja, untuk pastikan hal ini (membayar agensi media) tidak berlaku.
"Tetapi kita perlu fikir pasal berkongsi berita yang disampaikan. Syarikat teknologi gergasi mesti membayar berita yang mereka siarkan. Harap hal ini dapat dilakukan segera atau sekurang-kurangnya tahap perbincangan terakhir dapat dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi moderator Forum Media Nasional 2023 bertemakan Kemampanan Media - Melangkah ke Hadapan bagi Malaysia pada Era Digital anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di sini, semalam.
Johan turut mencadangkan, supaya kursi kewartawanan diwujudkan di semua universiti utama tempatan bagi menghargai jasa tokoh wartawan dan bidang kewartawanan, selain memberi bimbingan profesional kepada individu yang ingin memasuki bidang tersebut.
Seorang lagi ahli panel, Pengasas Publishers' Rights Indonesia Agus Sudibyo berkata bayaran yang diberikan oleh platform gergasi teknologi kepada penerbit, harus boleh dirunding bagi membolehkan perkongsian kandungan yang bermakna dan kemudiannya membolehkan berkongsi hasilnya.
"Menjaga kemampanan media sebagai sebuah institusi ekonomi sama pentingnya dengan menjaga media sebagai agensi kewartawanan, maka kedua-dua ini harus dijaga seiring," katanya.
Sementara itu, penerbit dan editor Australian Property Journal Nelson Yap dan Ketua Pengarang Utusan TV Datuk Zulkefli Hamzah, kedua-duanya berpendapat bahawa pemilik syarikat media perlu mengikuti perkembangan teknologi terkini, yang antara lain merupakan langkah persediaan bagi berhadapan cabaran dunia kewartawanan pada masa akan datang termasuk kecerdasan buatan (AI).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Johan mencadangkan supaya kursi kewartawanan diwujudkan di semua universiti utama tempatan bagi menghargai jasa tokoh wartawan dan bidang kewartawanan. - Gambar fail/BERNAMA
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Jepun gubal undang-undang pindaan untuk penyingkiran segera kandungan fitnah dalam talian
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam masa setahun.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan bukti kerajaan tangani isu dengan cermat
Saifuddin berkata sudah tiba masanya setiap kes permohonan kewarganageraan yang tertunggak lama diselesaikan dengan kadar segera.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Warga asing dominasi bekalan sayur: Perlu tindakan menyeluruh
Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini perlu ditangani secara menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Bangun sistem khas kawal bekalan diesel, petrol - PPIM
Undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.